//Make Love Like Rainbow

Bonjour!
Annyeong !


Annyeong Rainbow(s) . Welcome to my Wonderland . I'm Farah Dini , the owner of this Blog . Be nice here and leave your footprints at my Tagboard . Khamsahamnida .



Tagboard
Leave Your Footprints Here !



YOUR CBOX CODE HERE !
Music
Sing - A - Song !



Credits
Big Claps


Template by Farah Dini
Basecodes by Nurul AtiQah
Edited by YOUR NAME
Header by Ira
Others:

-------------------------------- Copyright© by Farah Dini 2011-2012 --------------------------------
I MISS YOU.
ASSALAMUALAIKUM. 

     Dah lama sebenarnya aku tak post pasal budak sorang ni. Aku pun tak tahu kenapa hari ni aku macam terbuka hati lebar-lebar nak post pasal dia. Lagi 23 hari genab setahun aku berjauhan  dengan seorang insan yang sangat aku sayangi dan kasihi pada suatu ketika dahulu. Biasalah, dalam sesuatu hubungan tak menarik kalau tak diuji dengan pelbagai masalah. Sama jugak lah dengan pengakhiranya yang dipanggil 'PERPISAHAN' Pada mula dulu nak berpisah memang bagai dunia mahu kiamat tapi aku sekadar ingat dekat Tuhan and belajar hidup tanpa dia. Akhirnya , setelah berdoa dah berusaha semua berjalan lancar dan kini aku masih lagi hidup dalam keadaan yang baik. Alhamdulillah ~

     Memang tak pernah seorang pun yang mintak hubungan mereka berakhir dengan PERPISAHAN. Tapi, hakikatnya kalau bukan jodoh walaubagaimana pun ia akan tetap berpisah demi  kebahagiaan pada masa hadapan. Kita sebagai makhluk Allah yang kerdil, yang tidak tahu apa yang terbaik untuk kita hanya mampu berdoa dan bertawakal. Kasih sayang dari manusia tak sama macam kasih sayang yang Allah berikan. Jangan salahkan takdir bila kita dan orang kita sayang berpisah. Sama jugak lah, jangan salahkan antara satu sama lain. Mungkin , salah seorang yang buat kesilapan maka retaklah hubungan yang telah dibina beberapa ketika. Percayalah, itu hanya nak jadi sebab biar kita boleh dipisahkan jauh.

     Mungkin Allah jarakkan kita dengan dia sebab nak kurniakan jodoh yang berpanjangan. Takpa, kalau kita sayang dia sangat apa salah berkorban demi kebaikan masing-masing. Bukan ke gituh ? Macam aku jugak, hubungan yang sudah hampir 7 bulan aku bina dan aku corakkan dengan pelbagai gelagat, ketawa, sedih , merajuk dan berbagai lagi akhirnya retak juga pada hari yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t. Aku redha walaupun sunggph payah pada mulanya, tapi takpa. Sampai bila kita perlu rasa sedih ? Tak payah nak bazirkan airmata dengan orang yang belum halal untuk kita. Tapi... Sekadar menyesali kesilapan yang pernah kita buat dekat dia tidak salah. Jadikan ianya sebagai satu pengajaran dan belajar dari kesilapan yang kita buat supaya tidak diulangi semula.

AMAN DUBAIS pernah ada dihatiku pada saat dulu. Dan , kini perasaan RINDU susah dubendung :'/

     Dia. Dia membuatku bangkit dari terus jatuh terluka dek perbuatan NUR HAFIZ. Dia seorang yang selalu buat aku gembira even parut luka yang dalam itu masih bersisa. Selama aku dengan dia, macam-macam kami lalui bersama. Pahit mahupun manis kami bersama harungi tanpa sedikit rasa bosan ataupun meluat. Dia yang mampu hapuskan luka besarku itu. Harus aku berterima kasih pada dia tapi... hubungan aku dengan dia pun berakhir separuh jalan. Sedih. Pedih.
    
    Kami berkenalan pun di muka buku. Kami putuskan hubungan yang kami sudah bina hampir 7 bulan juga di muka buku. Membuatkan kami berpisah adalah gara-gara orang ketiga antara kami. Crush aku and adalah bestfriend dia sendiri. Aku tewas dengan godaan syaitan dan menduakan dia. Dia dapat tahu, maka aku dilepaskan dengan berat hati. Aku sedih. Kerna, pada ketika itu aku dah pun tidak menjalinkan apa-apa hubungan pun dengan kawan karibnya itu tetapi siapa je mahu maafkan orang yang telah meduakan perasaan nye kan ? Aku akur. Aku lari terus dari hidupnya bagaikan burung yang dilepas dari sangkar. Ada kalanya aku melihat kebelakang untuk memastikan dia sentiasa dalam keadaan baik.

    Aku menyesal. Memang  kalau aku dapat putarkan masa, aku memang akan hapuskan orang ketiga antara kami. Aku amat menyayangi dan mencintai dia. Hmm... Tapi apakan daya hanya mampu belajar dari kesilapan lampau sebab aku yakin tiada lagi aku dihatinya buat saat ini. Aku redha YA ALLAH.


    Aman, terima kasih sebab buat Ainul rasa disayangi dan terpelihara bila aku ada di samping kau. Aku mohon maaf atas orang ketiga dalam perhubungan kita. Aku salah dalam hal ni, tapi percayalah yang aku sayangkan kau. Mungkin lepas ni, you will get someone who love you so much and not player like me k. AKU RINDU KAU. AKU RINDU SEGALA-GALANYA PASAL KITA BERDUA.