//Make Love Like Rainbow

Bonjour!
Annyeong !


Annyeong Rainbow(s) . Welcome to my Wonderland . I'm Farah Dini , the owner of this Blog . Be nice here and leave your footprints at my Tagboard . Khamsahamnida .



Tagboard
Leave Your Footprints Here !



YOUR CBOX CODE HERE !
Music
Sing - A - Song !



Credits
Big Claps


Template by Farah Dini
Basecodes by Nurul AtiQah
Edited by YOUR NAME
Header by Ira
Others:

-------------------------------- Copyright© by Farah Dini 2011-2012 --------------------------------
22 Januari 2012- 22 Januari 2013 (one year)
ASSALAMUALAIKUM.

Aku amat merindui statusku 'in relationship' . My god ~ I miss that moment so much. Siapa boleh putarkan masa itu kembali ? Siapa ? Siapa ? Ya Allah. Hanya pencipta sahaja. Aku akur dengan ketentuan yang amat menyakitkan ini. Aku terima dengan redha dan saksama. Aku mengaku, dalam hal ini aku yang bersalah besar dan percayalah ini adalah yang pertama dan terakhir aku permainkan hati seseorang yang sebenarnya aku amat sayang dan kasihi. Aku tak mampu untuk melawan nafsu ku yang selalu membawa aku ke gaung yang akhirnya akan membuat aku mati dek kehausan cinta yang aku bina selama tujuh bulan lima hari.

Harini aku selebrate yang kesetahun aku bersendirian tanpa perhatian dan kasih sayang seorang lelaki yang amat menyayangi aku pada ketika dulu. Aku kehilangan benda yang paling berharga dan jugak takkan pernah aku beli dimana-mana kedai atau  supermarket. Ohh mai god ~ Aku tak mampu Ya Allah. Takpa, aku akan pastikan ini yang terakhir aku berbuat sedemikian. Tidak mengapa hilang cinta, tapi aku tak sanggup hilang cita dan jodoh daripada Illahi. Aku tidak sanggup. Aku hanya manusia kerdil yang menumpang dimuka bumi yang amat luas dan aku seorang manusia yang sangat hina.

CINTA ITU  BUTA. Ya, aku mengaku. Sampaikan aku diperdaya oleh kata-kata hikmat seorang lelaki yang tidak sepenuhnya aku sayang. Aku lupa bahawa ada yang lebih menyayangi aku dan memerlukan aku. Aku buta waktu tu. Aku tak nampak kebenaran. Tapi... Sebelum hubungan aku dengan dia sampai ke penghujung jalan aku sudah pun sedar dari kesilapan tetapi apakan daya aku untuk memaksa seseorang terima kesalahan yang aku buat. Sekiranya aku ditempat dia, ya. Benda yang sama jugak yang akan aku laksanakan.

Tapi aku P.U.A.S. Sebelum ni aku merana dek dahagakan kasih sayang dia, akhirnya kini sudah setahun aku mampu hidup tanpa dia. Dia hanyalah banyangan aku sahaja. Bukan lagi kepunyaan aku seperti dulu. Walau apa pun yang berlaku, akan aku iringinya dengan doa di setiap penghujung solatku. Aku tak pernah lupakan dia. Walau sesaat. Aku masih sayangkan dia. Aku harap dia akan bahagia dengan pilihan hati dia selepas ni. Aku harap dan aku berdoa untuk kebaikan dia. Aku pasti enkau bukan jodoh aku. so, sepuluh jari ku pohon untuk memohon beribu million keampunan darimu wahai 'lelaki'. Aku sayang kau lebih dari masa aku memiliki engkau.

TO HIM : Sayang. Awak selalu ada dalam hati saya. Setiap aliran darah saya penuh dengan perkataan nama awak. I miss you :'( I want you back. But, i'know it is so complicated but .... Hmmmm :/ Please take care of yourself. I always at your back :) Bye.





Ikmal Hadi

ASSALAMUALAIKUM.

Pergi sekolah dengan muka separuh hati je yang ikut. Yang lagi sebelah masih dibuai mimipi berlandaskan bantal busuk dan berselimuti selimut yang harmoni sangat keharumannya. AAAAa ! Memang malas gila nak pergi sekolah. IDK why. haih -.-' Tapi... Disebabkan kita nak hadap periksa besar tahun ni terpaksalah jugak. Nak wat cemana en. Pergi jugak walaupun kepayahan seperti bawak kayu balak je. Hambek kau ayat upamaan aku. Kalah kau gitu.

Pergi sekolah bukannya terus masuk kelas, ini kene daki tangga sampai yang ktiga baru sampai kelas aku. Ya Allah kalau sampai akhir tahun nanti pasti aku jadi kurus macam yuna. Mesti kau terkejut tahap dah leh nak pergi mati time tuu.Memang hari first masuk tuu membosankan. Yelah , memalu lagi en. Yang perempuan dok betulkan tudung baru sebab paayah nak ikut bentuk muka almaklum bau kedai ah katakan ~  Yang laki pulak asyik dok belek rambut yang dah nak acah-acah kpop panjangnya. Cikgu Shima masuk terus kene sound. Malu tahap dewa :p

Masuk hari kedua, hambek kau segala tanduk dak-dak kelas aku keluar kan. Ada yang kegedikan dah mula menyerlah, kepoh terserlah eh memacam lagi ah. Ragam manusia mana kau nak lari. Sabar hadap jelah even aku rasa nak baling toilet bowl kat muka memasing. eeeeee mengada-ngada. Yang aku dengan Balqis sebok bergosip hujung tahun punya cerita. Yelah, dia balik sabah mana sempat  cerita. Lagipun aku mana nak rapat sangat dengan dia dulu, now sebab ecah and syafiqah takda dalam kelas. Merasa jugaklah dia kawan dengan aku, lau tak jangan harap :p 

IKMAL HADI. Yawww :) Dulu aku kenal dia pun melalui Rahsya. Ex dia. Aku tak pernah jumpa face to face. Sekali dah jumpa weh dia punya matang memang belum ada agaknya. Dengan aku tak kenal dia plus memalu anjing lagi , dia ajak bergurau. Wth right ? hahahahahahahaaha ~ Menggila dalam kelas. Kalau sehari tak sakat aku boleh mati agaknya dia. Suka beno. Dahlah duduk sebelah aku, lepastu pepandang cam tak puas hati. Lepas berapaa saat kau tengok kita orang berpandangan , mesti lepas tu dinding kelas hampir retak dek suara garau plus suara aku yang ayu bergabung kita bedekah-dekah. Padahal tak lawak mana pun. 

Tapi best ah kawan dengan dia. Dia terima aku seadanya (ceewah ayat) Aku un terima dia dengan hati terbuka. Untuk pengetahuan engkau, dia ah yang buat aku tak bosan datang sekolah. Ada je benda dia nak sakat. Bila aku diam mula ah nak buat aku meghoyan cam pontianak. Haih --' tapi seriousely best kawan dengan dia. Yeah ~ I love you as my new friend :*

IKMAL HADI plus AINUL SYAFIQAH. Hewhew :D Kawan sampai mati :)



Permulaan Sekolah.
ASSALAMUALAIKUM.


Bermula kehidupan sebagai pelajar sekolah SMK Bandar Tasik Kesuma. Yaa.. sebagai calon PMR juga. Yang bakal menduduki peperiksaan pada bulan sepuluh. Urgh. Memang tak sangka anak sulung daripada 3 orang beradik ni dah besar panjang. Kalau kahwin dah boleh pregnent bak kata orang tetua k. haha. Rindu blog kesayangan aku yang tak berapa nak cantik ni. Weheee xD kepunyaan aku pegi lantak aku nak cakap pe. Lu pi mati :p 


Permulaan sekolah yang sangat menyeronokkan. Dapat kelas baru, kengkawan baru, baju baru, beg baru, cikgu baru, pakwe baru. Eh ? Tipu je. manalah ada yang nak kat aku ni en. Hmm... Aku tak sempurna. k dah pi abaikan apa yang tak penting tu. Permulaan sekolah kau macam mana ? Permulaan sekolah bagi aku semuanya okay. Cuma ada sesetengah je yang tak menyeronokkan. Tapi, aku cuba kuatkan diri abaikan apa yang tak okay tuu. alhamdulillah, semua berjalan lancar dah. 

Cikgu masuk kelas tak henti-henti. Kira macam cikgu tu tetapi waktu betul. Memang takkan ada yang lambat sampai 20 minit cam dulu. Kita orang nak rest otak pun 20 minit rehat tujeh. Ohmakyay, memula nak sesuaikan diri tu memang memberontak gila. Rasa nak baling kayu bassball je kat muka cikgu tuu but dah seminggu cenggituh dah boleh follow. hehe xD Yelah, katanya last year sekolah kita orang yang ke-10 dalam hulu Langat. So, dorang nak naikkan lagi kedudukan tuu. Nak jadi no 1 kod.

Kami anak-anak murid ni terpaksa turuti dengan hati separuh tak rela. Hmmm ..,Tapi setakat ni belum ada yang buat tunjuk perasaan besaran dekat depan sekolah. Buat masa ni lah. Akan datang tak tahulah -.- Tapi.. Aku insyaallah tahun ni taknak buat hal. Akn cuba jadi murid yang terbilang dan cemerlang. Acewaaahh >.< (ayat) haha xD k lah. Harini tak banyak benda nak cerita. Nanti post lagi okay. Byebye :)

Happy new Year and good bye :D
ASSALAMUALAIKUM.




     Harini semua tahu bahawasanya hari terakhir bagi 2012. Rasa sayang nak tinggalkan tahun yang cukup banyak pahit manis kenangan yang aku lalui. Payahnya Ya Allah. Tapi, aku sebagai manusia hanya mampu berkata begitu tapi tak mampu berbuat apa-apa. Masa memang cepat berlalu sampai kitasendiri terasa ianya berlalu dengan pantas macam kilat.

     Ohya, Kenangan dengan anda semua yang masuk dalam hidup aku akan ku rindui selamanya (cewah ayatt) Harini last untuk tahun 2012. Masuk je pukul 12 malam nanti, bertukarlah tahun ianya. Tapi kalau ikut bulan islam ,dah lama masuk tahun baru kan. hehe :D Apa yang korang rasa ? Haha. Untuk aku, sedih tak banyak cuma tak sabar-sabar tu melebih sikit. Sebab 2012 ni banyak yang menyakitkan dari yang menggembirakan. Bukan dari sudut buah hati tapi dari setiap sudut.

     Tapi tipulah kalau aku cakap aku tak sedih. Sedih tu ada jugak sebab nanti dah nak PMR. Tak dapat nak online tiap masa and tak dapat nak hang memana. Duduk menghadap buku, pergi tuisyen and semuanya berkaitan pelajaran. But, sokay one year only. Tak salah kalau kita berkorban sikit untuk masa depan. Anada yang batch 98' tuu GOOD LUCK PMR. Hope kita dapat naikkan peratus untuk tahun 2013. Tahun 2012 dah mendadak turun. Untuk batch yang terakhir ambik pmr tak salah membagakan Najib kan ? Dan semua rakyat Malaysia :)

     Ini kira hari terakhir aku onlinee.. Eh, tak payah sedih acah-acah macam aku nak meninggal. bukan bukan. Aku cuma takkan online sehinggalah tamat PMR nanti. Tujeh. Bukan main lagi feeling kau baca en. hehe :D Doakan semoga aku dapat 8A's tegak k (bak kata Nabil). Aku akan sentiasa merindui blog kesayang aku yang cantik, bucuk bucuk. Eh, tak lupa jugak kepada yang selalu stalk and baca blog aku ni even post aku macam hampeh. Eeeee , teruk sangat en tatabahasa aku ? Memang kalau cikgu BM aku yang baca memang boleh buat cermin mata dia pecah seribu satu. Fuyoooohh >.< Awesome gituh babe :*

    Untuk menyambungi tahun seterusnya. Aku ingin menyusun sepuluh jari dan memohon maaf kepada semua yang rasa aku pernah sakitkan hati or kau terkecil hati dengan aku harap dimaafkan. Kita manusia biasa yang tak pernah lari dari kesilapan. Aku lagilah, sesiapa ada yang terasa dengan post yang aku buat sama jugaklah ku pinta kemaafan darimu wahai sang ehem ehem :) HAPPY NEW YEARS and ASSALAMUALAIKUM saya ingin undur diri ~

I MISS YOU.
ASSALAMUALAIKUM. 

     Dah lama sebenarnya aku tak post pasal budak sorang ni. Aku pun tak tahu kenapa hari ni aku macam terbuka hati lebar-lebar nak post pasal dia. Lagi 23 hari genab setahun aku berjauhan  dengan seorang insan yang sangat aku sayangi dan kasihi pada suatu ketika dahulu. Biasalah, dalam sesuatu hubungan tak menarik kalau tak diuji dengan pelbagai masalah. Sama jugak lah dengan pengakhiranya yang dipanggil 'PERPISAHAN' Pada mula dulu nak berpisah memang bagai dunia mahu kiamat tapi aku sekadar ingat dekat Tuhan and belajar hidup tanpa dia. Akhirnya , setelah berdoa dah berusaha semua berjalan lancar dan kini aku masih lagi hidup dalam keadaan yang baik. Alhamdulillah ~

     Memang tak pernah seorang pun yang mintak hubungan mereka berakhir dengan PERPISAHAN. Tapi, hakikatnya kalau bukan jodoh walaubagaimana pun ia akan tetap berpisah demi  kebahagiaan pada masa hadapan. Kita sebagai makhluk Allah yang kerdil, yang tidak tahu apa yang terbaik untuk kita hanya mampu berdoa dan bertawakal. Kasih sayang dari manusia tak sama macam kasih sayang yang Allah berikan. Jangan salahkan takdir bila kita dan orang kita sayang berpisah. Sama jugak lah, jangan salahkan antara satu sama lain. Mungkin , salah seorang yang buat kesilapan maka retaklah hubungan yang telah dibina beberapa ketika. Percayalah, itu hanya nak jadi sebab biar kita boleh dipisahkan jauh.

     Mungkin Allah jarakkan kita dengan dia sebab nak kurniakan jodoh yang berpanjangan. Takpa, kalau kita sayang dia sangat apa salah berkorban demi kebaikan masing-masing. Bukan ke gituh ? Macam aku jugak, hubungan yang sudah hampir 7 bulan aku bina dan aku corakkan dengan pelbagai gelagat, ketawa, sedih , merajuk dan berbagai lagi akhirnya retak juga pada hari yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t. Aku redha walaupun sunggph payah pada mulanya, tapi takpa. Sampai bila kita perlu rasa sedih ? Tak payah nak bazirkan airmata dengan orang yang belum halal untuk kita. Tapi... Sekadar menyesali kesilapan yang pernah kita buat dekat dia tidak salah. Jadikan ianya sebagai satu pengajaran dan belajar dari kesilapan yang kita buat supaya tidak diulangi semula.

AMAN DUBAIS pernah ada dihatiku pada saat dulu. Dan , kini perasaan RINDU susah dubendung :'/

     Dia. Dia membuatku bangkit dari terus jatuh terluka dek perbuatan NUR HAFIZ. Dia seorang yang selalu buat aku gembira even parut luka yang dalam itu masih bersisa. Selama aku dengan dia, macam-macam kami lalui bersama. Pahit mahupun manis kami bersama harungi tanpa sedikit rasa bosan ataupun meluat. Dia yang mampu hapuskan luka besarku itu. Harus aku berterima kasih pada dia tapi... hubungan aku dengan dia pun berakhir separuh jalan. Sedih. Pedih.
    
    Kami berkenalan pun di muka buku. Kami putuskan hubungan yang kami sudah bina hampir 7 bulan juga di muka buku. Membuatkan kami berpisah adalah gara-gara orang ketiga antara kami. Crush aku and adalah bestfriend dia sendiri. Aku tewas dengan godaan syaitan dan menduakan dia. Dia dapat tahu, maka aku dilepaskan dengan berat hati. Aku sedih. Kerna, pada ketika itu aku dah pun tidak menjalinkan apa-apa hubungan pun dengan kawan karibnya itu tetapi siapa je mahu maafkan orang yang telah meduakan perasaan nye kan ? Aku akur. Aku lari terus dari hidupnya bagaikan burung yang dilepas dari sangkar. Ada kalanya aku melihat kebelakang untuk memastikan dia sentiasa dalam keadaan baik.

    Aku menyesal. Memang  kalau aku dapat putarkan masa, aku memang akan hapuskan orang ketiga antara kami. Aku amat menyayangi dan mencintai dia. Hmm... Tapi apakan daya hanya mampu belajar dari kesilapan lampau sebab aku yakin tiada lagi aku dihatinya buat saat ini. Aku redha YA ALLAH.


    Aman, terima kasih sebab buat Ainul rasa disayangi dan terpelihara bila aku ada di samping kau. Aku mohon maaf atas orang ketiga dalam perhubungan kita. Aku salah dalam hal ni, tapi percayalah yang aku sayangkan kau. Mungkin lepas ni, you will get someone who love you so much and not player like me k. AKU RINDU KAU. AKU RINDU SEGALA-GALANYA PASAL KITA BERDUA. 

Perkahwinan Abang Johan + Kak Zulaikha
ASSALAMUALAIKUM.

     Pukul 6.30 dah mula dikejutkan oleh umie Jue yang tersayang suruh bangun siap-siap. Urghhhh -.- mata punyalah melekat macam kene gam uhu punya takboleh bukak tapi sebab dah memang berhajat nak pergi tengok sepupu nikah en.. gagahkan jugaklah dengan muka kelat macam haih... plus bibir muncung depan buat boleh gantung baldi. ohh ~ betapa hodohnya muka anak dara ni  bila dipaksa bangun tidur sebelum kamahuannya tersendiri untuk bangun. Terus pergi gosok baju, tudung and cari setokin pesuma. lepastu gegilir mandi. Masuk bilik air termenung 10 minit habis mandi setengah jam . haha. Yang umie Jue pikir aku buat apa yang patut bila orang dah meningkat remaja padahal aku dok temenung macam orang hilang laki dalam tuu.

     *actually cerita ni dua hari lepas -22 Dicember 2012

     Selesai mandi, apa lagi mualah kunci pintu bilik buat karaoke sendiri then keluarkan bebarang makeup. Yelahkan, nak pergi tengok orang nikah mesti lelawa, bukan nak pergi jogingg. Dah siap pakai baju, and everybody dalam rumah mula tak duduk diam macam lipas kudung, ayah Zamri pun mula start injen kereta untuk bawa anak dia orang ni ke dentinasi yang mereka inginkan. Bapa yang mithali. puyooohhh >.<
     akhirnya , dalam tak sedar sebab memasing lena dibuai mimpi yang indah, sampai jugak ke masjid Terapung Puchong. Dan yang lain-lain juga sampai juga sewaktu dengannya. Kita orang convoy senanya. Sebab ayah Zamrie tak tahu jalan. Semua dengan muka menahan sakit pinggang sebab lama sangat dalam kereta dengan baju yang aku dah gosok licin dah berkedut seribu macam kene gigit lembu. Nampak tak kerugian masa je aku gosok beria-ia. haih -.-'
     then, Dengan muka buat-buat ceria, disuruh pula bawakkan hantaran yang berat tuu. alahai -.-' punyalah muka kembali kelat tetapi dicover dengan muka yang manis cikebomm cikebommm :P  Dah tunggu berapa minit sampai imam yang nak nikahkan tuh dah sampai, barulah kami semua beransur naik. MASYAALLAHH ~ Aku pikir memasuk je terus duduk, rupanya dah bukak kasut ada tangga tinggi yang kau kene daki. Tak ke parah hidup cenggituh. Haduihh , dengan hantaran yang aku bawak tuu berat sebab  minyak wangi yang mahal punya, adesss --' dengan penuh berhatinya aku daki tangga tu sebab takut terpijak kain. Jatuh kang naya dapat malu plus sakit. Ohh ~ Kalau itu yang terjadi memang time tuu aku angkat kaki blah sebab .
     Nasib averything okay sebab ada orang tolong bawakkan.macam tetahu je aku tak rela sangat. kita memang patut pun pendekkan cerita. Aku memang disuruh menjadi kamerawomen untuk ambik gambar. memang terang-terang aku dapat dengar apa yang imam tu pesan kat Abang johan and kak Ikha. Time tuu rasa nak kahwin pun ada gak. hehe. Gelabah en aku ? Dengan dua kali lafaz je mereka dah sah digelar 'SUAMI DAN ISTERI' . Alhamdulillah aku panjatkan syukur buat mereka berdua. Akhirnya dua hamba Allah terselamat dari maksiat. Aminnn ~


                                          Akad nikah berlangsung dengan 2 kali lafaz je. 

Alahamdulillah ~ Semoga berkekalan sehingga akhir hayat.

     Ya Allah time ni ~ Aku pulak yang berdebar semacam. macam aku pulak yang nak kahwin. haha. emmang normallahkan remaja rasa cenggituh. normal weh normal. lupa nak bagi tahu, Ayah kak Ikha yang nikahkan tuu. Bila dah habis pesuma. Kamu mula melantak jamuan yang disedoakan dekat bawah. Alhamdulillah , mata dan perut sememangnya sudah kenyang. Balik je, terus tidur sampai malam sebab esoknya Bersanding pulak. Part bersanding tu nantilah aku update eh. Aku kumpul gambar yang best-best dulu. Nanti everything solve aku post. K bye.

class for next year.
ASSALAMUALAIKUM.


     Yeay, dengan muka yang segar tanpa air liur basi lekat-lekat dekat tepi muka buat peta semua sudah dibersihkan sebantar tadi. Itu pun sebab umie Ju memekak kat pangkal teling cakap aku bau pesuma. Padahal takda menda pun. Umie gebang jee :P Segala barang sekolah aku dah beli dengan umie Ju semalam. Seraba serbi hanya satu je yang aku lengkapkan. For example baju sepasang , kasut sepasang and tudung sehelai. Simple je kan ? Tak perlu beli sampai lima pasang suma. Kita bukan jenis yang mintak terus dapat maklumlah aku en anak sulung. mintak harini belum tentu sebelum aku kahwin pun dapat. Lumrah hidup dah menjadi kebiasaan.
     Ohya, beg masih lagi buntu untuk beli beg apa , dengan siapa and dekat mana. Kalah memikirkan pilih calon suami je aku ni. lol. Payah weh payah, aku nak BG. Paham tak ? Nak ajak Ecah hang takut ayah dia buat soal siasatan dekat aku tanpa melakukan jenayah pulak. Haih -.-' Nak hang dengan Nurul ? mati hidup semula pun belum tentu lagi mak aku kasi weh. Alahai = = ' Takpalah, nanti tu aku pikir hari lain. Nak ajak bf kita hang lah. teneneneneneen . Itu pun kau rasa aku dah berpunya ? Aku rembat kau dengan penyapu kalau kau cakap dah.
     k, panjang sampai mana dah aku punya lencongan daripada tajuk ? Huh, kau lah ni bagi aku bercakap benda lain asal . Dah bersimpang siur aku punya jalan cerita ni. heh. K , back to real story. Next year aku kelas C  . Lagi lagi kelas c. Dah tiga tahun tak pernahlah aku tulis dekat depan buku tu nama kelas lain. Ahaks, memang aku serasi agaknya dengan kelas C ni. Takpalah,  atleast tak turun kelas .Stay jee.. Satu masalah aku dah selesai, punya aku nak menangisnya bila aku ada satu failed harituh sebab takut turun kelas tapi hakikat takdonya. Stay lagi, but Syafiqah and Ecah kelas B. Hancur musnah harapan adinda . Hmmm :/ Dah macam dalam filem hindustan bila ada satu babak orang mati. Ohsemm kah anda rasa ? K, nanti siapa takda pelakon boleh calling aku. Perkhidmatan aku boleh diperlukan tetapi syarat dia diman sikit ah :P
     Ni lagi memeningkan setiap sel dalam kepala hotak aku ni. Dengan siapakah untuk aku berada dan duduk sebelah dia selama setahun ? Dan macam mana agaknya aku dengan dia nanti ? Boleh bayangkan tak? Yelah -____- Aku mana biasa duduk dengan orang lain melainkan piqah dengan Ecah. Dorang dah dihumbankan kat kelas lain. Eee ... rasa nak je aku pancung kepala sesiapa yang pisahkan aku dengan dorang. Memang tak patut langsung. Aku buat tunjuk perasaan besar-besaran tahulah nanti. eeeee , waiting k waiting :P Aku acah-acah je, buat sikit pun tak berani. Aje-ajet, Puyooohhhhh.
     Takpalah. One year je lagi aku kat sekolah tu. Lepastu chaww chin chawww ah sekolah lain. Takpayah toleh belakang dah. Pandang depan terus menuju kejayaan. Haha. Exited anak zamri ni . Ohmakkkyay ~ next year aku PMR. Ada apa-apa pesana nak bagi ? Takpayah k takpayh. cukup sekadar yang berada berhampiran dengan aku bagi ceramah sampai satu pun tak lekat kat kepala aku ni. Buang masa hang dan ayaq liur hang je. Aku ni bebal. Payah nak dengan nasihat orang lain. Somebody je boleh bagi semangat kat aku. k aku rasa dah cukup panjang aku inform kat korang en. haha. Lain hari, lain masa kita post lagi. Sebelum tuh , jangan lupa doakan yang terbaik untuk adik comel manis ni ya. Insyaallah , Allah je yang mampu balas jasa korang. Flying kiss kepada sesiapa yang sudi kunjungi dan mendoakan. Byeeeeee everybody xD